Thursday, August 30, 2012

Komik dan Patriotisme


Seperti biasa apabila menjelang musim kemerdekaan, semua jenis media memainkan peranan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan perjuangan dan usaha mereka yang terdahulu membebaskan negara daripada cengkaman anasir asing. Para artis dan seniman juga berebut-rebut menghasilkan filem, drama, dokumentari, lagu serta pelbagai produk seni bagi meraikan hari bersejarah bangsa Malaysia. Segalanya dilakukan demi mengiktiraf dan menghargai harga kebebasan yang kita kecapi selama ini.

Sebagai sebahagian daripada golongan seniman, kartunis dan artis komik tanah air juga tidak ketinggalan membuktikan semangat patriotik yang wujud dalam jiwa mereka. Melalui medium majalah, akhbar, buku, blog dan sebagainya, karya berkaitan isu merdeka serta cintakan negara diketengahkan dalam bentuk satira, bersahaja dan menjentik minda. Isu jati diri, masalah sosial, politik, ekonomi, kebudayaan, perpaduan serta pelbagai isu masyarakat dijadikan bahan yang menarik bagi difikir dan direnungi bersama.

Sebelum merdeka lagi, wadah kartun digunakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kemerdekaan serta mengkritik sikap negatif bangsa Melayu seperti malas, suka berhutang, lupa diri dan bertelagah sesama sendiri. Profesor Dr. Mulyadi Mahamood menyatakan dalam buku Dunia Kartun, kartunis-kartunis seperti Ali Senat, Abu Bakar Mohd Noh dan Abdul Manan berjuang memanfaatkan kartun dalam ruang akhbar seperti Utusan Zaman serta Warta Jenaka bagi mengupas isu membebaskan diri daripada cengkaman penjajah dan pengaruh budaya negatif mereka. Secara tidak langsung, golongan kartunis turut memberi sumbangan ke arah kemerdekaan negara.
Kini kartunis dan artis komik lebih berperanan mengisi ruang kemerdekaan dengan karya-karya segar yang orientasinya menjurus ke arah mengekalkan perpaduan, meningkatkan kemajuan serta memurnikan masalah sosial serta budaya yang melanda masyarakat. Perjuangan para kartunis dan artis komik tempatan terdahulu tidak disia-siakan malah disambung oleh generasi demi generasi sehingga hari ini.



Komik-M menerusi antologi komik 'Aku, Kau & Malaysia' menggabungkan karya komik patriotik artis-artis komik tempatan seperti Froggypapa, Azhar Abdullah, Bophairy, Xlid, Shahrul Akram, Tan Teck Hwa, Ard One, Jas dan Pac. Melalui komik antologi ini, para artis menyalurkan mesej kecintaan dan keprihatinan mereka kepada negara dalam pelbagai kisah lucu, nostalgik, sedih, cinta, fantasi, drama dan lain-lain.
Froggypapa yang menghasilkan komik bisu berjudul 'Bendera Aku & Kau' secara dramatik menceritakan kisah perjalanan sehelai bendera dalam kehidupan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Menurut Froggypapa, medium komik mampu membantu melahirkan generasi-generasi yang lebih matang dan berjiwa besar. Namun beliau menegaskan, artis komik terlebih dahulu perlu mempunyai jati diri yang tulen bagi menghasilkan komik yang baik. Beliau juga bimbang sekiranya tersalah mendidik anak bangsa dengan karya-karya yang tiada nilai kemerdekaan.
Azhar Abdullah, Presiden Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKomik) yang prihatin dengan nasib industri komik tempatan meluahkan isi hati dan pandangannya dalam komik sepuluh muka berjudul Khalifah Merdeka. Beliau menyatakan kebimbangannya terhadap generasi muda yang terlalu mengagungkan budaya luar berbanding budaya sendiri sehingga hilang jati diri. Sebagai contoh, generasi baru kini lebih mengenali ninja dan samurai daripada pendekar bangsanya sendiri. Namun beliau tetap menaruh harapan supaya medium komik mampu membakar semangat jati diri anak bangsa Malaysia.
Bophairy yang terkenal dengan siri komik Ultra Qalif menampilkan komik pendek yang menarik berjudul 'Untuk Inikah Perjuangan Kita Dahulu?' di dalam antologi komik ini. Komik ini menceritakan kisah dua orang tua yang pernah berjuang menentang penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Selepas sekian lama tidak berjumpa, mereka berbual panjang sehingga menggamit kembali memori silam seperti ditindas dan melawan tentera Jepun. Apabila selesai berbual, mereka terkedu melihat muda mudi di jalanan yang semakin terhakis budaya ketimuran dan budi bahasa. Adakah ini hasil perjuangan mereka menentang penjajahan suatu masa dahulu?
Tan Teck Hwa, salah seorang artis komik berbangsa Cina turut menyumbangkan karya di dalam Aku, Kau & Malaysia. Komiknya yang berjudul 'Bunga Kebangsaan Bunga Kebanggaan' memaparkan kisah tulus seorang murid sekolah rendah yang mencintai bunga raya dan bersusah payah memelihara dan melindunginya. Secara simbolik, Tan Teck Hwa menerapkan semangat cintakan negara melalui kisah bunga raya ini. Menurut Tan, semangat cintakan negara dapat bermula daripada perkara asas seperti mengamalkan tabiat hidup yang menjaga imej negara. Walaupun sekadar perkara remeh seperti tidak membuang sampai merata-rata, ia sudah dikira sebagai cintakan negara.
Selain itu, antologi ini turut memuatkan komik-komik menarik yang lain daripada artis-artis Komik-M seperti Roh Negaraku oleh Shahrul Akram, Perang Kampung oleh Xlid, Dunia Didi oleh Ard One, Meon oleh Jas dan Prolog Twinx oleh Pac. Selain komik, temu bual eksklusif bersama para artis juga dimuatkan sebagai bonus. Komik yang mewakili hasrat hati para artis komik ini sangat wajar dimiliki oleh para pembaca. Anggaplah ia sebagai hadiah daripada artis-artis komik sempena Hari Malaysia. Majulah komik demi negara.


Friday, August 10, 2012

Salam Ramadan!


Assalamualaikum dan salam komik buat semua.

Sempena Ramadan yang masih berbaki beberapa hari lagi, kami mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan yang penuh barakah. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu erti yang indah kepada diri kita.

Friday, August 3, 2012

Royalti Datang Lagi!

Assalamualaikum warahmatullah dan salam komik buat semua.

Setiap tahun, bermula dari bulan Jun hingga Disember, tiba musim yang ditunggu-tunggu oleh para penulis PTS. Musim ini tidak lain dan tidak bukan adalah musim pembayaran royalti. Bagi pekomik Komik-M, mereka juga tidak ketinggalan menerima tempias musim 'hangat' ini.

Berikut adalah senarai 100 teratas penerima royalti PTS bagi tahun 2012. Senarai ini diambil daripada
http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_100_penerima_royalti_tertinggi_bagi_jualan_2011/

Yang ditandakan kuning adalah pekomik Komik-M. Tahniah diucapkan kepada anda. Semoga pada tahun-tahun akan datang, akan ada pekomik yang menduduki carta 10 teratas yang kebanyakannya menerima royalti sebanyak 'enam angka'.

Terima kasih juga diucapkan kepada para pembaca dan penyokong Komik-M yang banyak memberikan semangat kepada para pekomik. Diharapkan para pekomik dapat terus menghasilkan karya-karya yang diminati oleh para pembaca.

1. Abdul Latip bin Talib
2. Noorliza binti Kamarudin @ Chef Hanieliza
3. W Sasongko Muhammad Alexander
4. Dr. Danial bin Zainal Abidin
5. Ain Maisarah
6. Lily Haslina binti Nasir
7. Prof. Dr. Zulkifli bin Mohd Yusoff
8. Ustaz Azhar Idrus
9. Ahmad Badrul Hisam bin A Razak
10. Rohidzir bin Rais
11. Saridah binti Hamid
12. Afareez bin Abd Razak
13. Engku Zainun Engku Ab Rahman
14. Zamri bin Mohamad
15. Mazlia binti Murat
16. Muhammad Masnur Hamzah
17. Raihanah binti Salleh
18. Mohammad Ashadi bin Mohd Zaini
19. Hussin Khan bin Rahmatullah Khan
20. Ida Munira binti Abu Bakar
21. Prof. Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim
22. Noor Halilah binti Mohd. Halim
23. Rafiza binti Ab. Rahman
24. Aminurashid bin Yeop Aziz
25. Rezarly bin Musa

26. Ammran bin Yunus
27. Raja Nur Qurshiyah binti Raja Hirdan
28. Adlie Syamsudin bin Samsudin @ Shamsudin
29. Ainon Mohd.
30. Maslina binti Ngadiman
31. Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri
32. Dato' A. Samad Said
33. Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
34. Nor Hazizam binti Ab Rahman
35. Sabaruddin bin Hussein
36. Rohayati binti Bakri
37. Salina binti Ibrahim
38. Noorfadzillah binti Omar
39. Marzuki bin Mohd Noor
40. Ahmad Fadzli bin Yusof
41. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
42. Raudzah binti Roslan
43. Nur Ilyani binti Alias
44. Hasnah binti Muhamad Daud
45. Sharliza binti Ahmad
46. Fahrur Mu'is
47. Umi Kauthar binti Abdul Razak
48. Nor Emila binti Mohd Yusof
49. Supian bin Mat Salleh
50. Wan Nor Ainon binti Wan Abdullah
51. Nora binti Ismail
52. Muhammad Syaari bin Abdul Rahman
53. Noorul Hafizah binti Matsom
54. Fatimah Rodhiah binti Mohd Yusof
55. Syahrul Nizam Junaini
56. Wan Nazwani binti Wan Johan
57. Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
58. Zauwiyah binti Ahmad
59. Mohd Norazmi bin Mohd Mokhtar @ Mohd Mohter
60. Osman Bin Appan
61. Hasan bin Mohamed Ali
62. Mohd Shahremy Ikmal bin Shahbudin
63. Zulkifli bin Hamisan @ Khair
64. Norhidayah binti Ismail
65. Nazri bin Mohd Annuar
66. Majidah binti Mat Jusoh
67. Wawan Susetya
68. Shamsuddin bin Abdul Kadir
69. Sakinah binti Salleh
70. Killa Puteri binti Sariman
71. Rashidi Anak Gujang
72. Nurasyikin binti Ahmad
73. Dato' Dr. Haron bin Din
74. Wan Mohd Nor Che Mohamed
75. Shamsul Anuar bin Yusof
76. Jasmian bin Jamaludin
77. Haryani binti Kamilan
78. Nur Hidayahtul Husna Binti Adnan @ Nan
79. Mohd Nazri bin Kadir
80. Nahddatun Nisaak binti Othman
81. Saayah binti Abu
82. Moh Dat bin Haji Molok
83. Muhammad Afiq bin Abdul Salam
84. Mardiana binti Mat Ishak
85. A. Ubaidillah bin Alias
86. Masnah binti Md Ali
87. Ann Wan Seng
88. Syaizul Amal bin Zulkaffly
89. Mohamad Yazid bin Abdul Majid
90. Azzah binti Abdul Rahman
91. Mohamed Salleh Deran
92. Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
93. Asma Fadila binti Habib
94. Mohamed Salim bin Salleh
95. Nazira binti Noran
96. Nor Hafiza binti Mohd H Piah
97. Mohd Fadzilah bin Kamsah
98. Nuriazam bin Ismail
99. Frederique De Pietro @ Suriya Fred Abdullah
100. Arba'ai binti Mahbar